RSS Feed

Friday, May 7, 2010

Bilalah nak siap!


Baru plaster...

Pembinaan Rumah

Thursday, January 21, 2010


Batrisyia Husna anak ketiga kami. Sekarang ni sedang makan Kek hari jadi sepupunya Ija yang baru habis UITM Shah Alam. Husna ni petah berkata-kata. Mungkin kerana Ibu nya banyak mengaji semasa mengandungkannya. 17.02.2010 genap umurnya 4 tahun. Yang menjadi kebimbangan kami ialah bila nak buang air besar, mesti pakai lampin pakai buang Dia tak pandai lagi nak buang air besar di tandas

Anak kedua kami Batrisyia Huda namanya. Sekarang di kelas tahun 3. Tahniah kepadanya kerana telah dipili menjadi pengawas sekolah. Badan semakin membesar tapi masih cantik. Pada hari pertama abangnya masuk asrama dia menangis sebelum tidur. Rindu agaknya, kerana tidak ada kawan nak bergaduh. Tapi masih ada adiknya di rumah.

Anak pertama kami sekarang di SMK Seri Rompin. Tahniah kepadanya kerana telah mendapat 5 A dalam UPSR 2009. Hadiah atas kejayaannya kami hadiahkan laptop. Laptop tersebut dikongsi bersama dengan ayahnya. Baru 3 minggu di asrama SMK Seri Rompin anak kami Haziq sudah semakin kacak. Apa tidaknya dulu badannya gemok sedikit tapi sekarang sudah susut sedikit.

Thursday, December 24, 2009

Tapak rumah kami...


Friday, February 20, 2009

Febuari

Bulan febuari ni, hari jadi anak ketiga kami...husna pada 17 dan 21 pula haziq........ dan pada 25 hb pula genap 12 tahun kepulangan ayahanda mohd nor ke hadrat Ilahi... Masih terdengar lagi suara dia mendodoi si adia...mencabut kemuncup di seluar abang U.......Al-Fatihah untu ayah/tokki...